Terowong.

TEROWONG MAUT LGE

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melihat kertas siasatan SPRM dan telah membaca kenyataan Zarul.

Masalah yang dihadapi oleh Mahathir adalah jika dia membenarkan SPRM menyiasat Guan Eng, Mahathir akan kehilangan sokongan DAP dan Pakatan Harapan akan tumbang. Tanpa DAP, Mahathir tidak dapat berkuasa.

Itulah sebabnya DAP membuat sesuka-hati dan Mahathir perlu akur, menutup kedua belah matanya dan berpura-pura tidak menyedari akan kes rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang ini.

Kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang tidak hanya melibatkan jumlah RM6.5 billion sahaja. Ia juga melibatkan tanah seluas 50 ekar di sepanjang Gurney Drive dimana nilai pembangunan kasarnya sebanyak RM15 billion.

Walaupun Guan Eng memberi alasan bahawa projek terowong bawah laut diberikan secara tender terbuka, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa Zarul diberi tanah 50 ekar di Gurney Drive yang nilai pembangunan kasar RM15 billion sebagai ‘part-payment’.

Jadi, sekarang jumlahnya meningkat ke lebih kurang RM20 billion, bukan lagi RM6.3 billion. Guan Eng pula memang tidak dapat menjelaskan perkara ini kerana dia memang tidak ada cara lagi untuk menjelaskannya.

Untuk menutup kes yang sebesar ini sebagai NFA (no further action), ianya memerlukan penglibatan dari pihak atasan seperti Perdana Menteri, Peguam Negara, Polis dan SPRM. Tanpa Mahathir, Tommy Thomas, PDRM dan SPRM, tidak mungkin kes sebesar ini dapat ditutup. Nasib Pakatan Harapan, atau khususnya Mahathir, bergantung kepada tertutupnya siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Buat masa sekarang ini, Guan Eng, Zarul dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang ini masih selamat – MalaysiaToday

Credit FB Zam Yahya